Monday, May 11, 2009

Perjuangan yang di dagangkan

[Kisah Umar Bersama Salah Seorang Keluarganya Dalam Masalah Buah Apel dan Penyuapan]


Amir bin Muhajir mengisahkan bahwa suatu hari Umar bin Abdul Aziz ingin sekali makan apel. Lalu salah seorang lelaki dari anggota keluarganya menghadiahkan apel kepadanya.

Umar berkata, "Betapa harum dan enaknya apel ini." Setelah itu, dia berkata, "Wahai pelayan, kembalikan apel itu kepada orang yang telah memberikannya dan sampaikan salam kepada tuanmu, katakan kepadanya: "Hadiahmu telah sampai kepadaku sebagaimana yang engkau inginkan.'"

Saya (Amir bin Muhajir) pun berkata, "Wahai Amirul Mukminin, yang memberikan ini adalah anak lelaki pamanmu yang adalah salah seorang lelaki dari keluargamu. Bukankah engkau juga sudah mendengar kalau Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam juga memakan hadiah yang diberikan kepadanya?"

Umar berkata, "Celaka kamu. Hadiah pada masa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam adalah memang benar benar hadiah, sedangkan hadiah pada hari ini bagi kami adalah penyuapan."


Di petik dari :Kisah-Kisah Teladan Umar bin Abdul Aziz
Penulis : Syaikh Usamah Na'im Musthafa
Penerbit : Daar An Naba'


Apabila kita lihat dikeliling kita, sewaktu pemilihan Pemimpin dari wadah perjuangan Islam zaman ini. Jawapannya sudah sedia maklum……

Sunday, May 10, 2009

Tok Guru masih tiada ganti

Assalamualaikum,
Bismillahirrohmanirrohim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tika saya menulis ini, saya baru sahaja pulang dari pertemuan dengan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dr. Mohd Fadzli B Dato' Hj Hassan.

Kehadiran saya adalah atas jemputan oleh seorang pegawai kanan kerajaan memandangkan saya sekampung dengannya di Kelantan. Saya menghargai jemputan tersebut dan saya menghadirinya atas kapasiti saya sebagai rakyat negeri Kelantan.


Pertemuan dilakukan di Kangkar Pulai dan yang hadir hanya sekitar 30 orang sahaja tanpa hebahan umum. Pertemuan yang hanya melibatkan kepimpinan tertinggi PAS kawasan. Majlis yang diadakan hanya berbentuk santai dan berbentuk perbincangan.

Pastinya saya ingin mengetahui apakah perkembangan terkini di negeri Kelantan. Bagaimanapun, YB ada juga mengungkit politik semasa dan apa sahaja yang berlaku di Perak dan sekitar.

YB Fadzli mengulangi kenyataan bahawa PAS di Kelantan masih boleh memerintah hanya punya 2 modal, modal yang pertama adalah Islam dan modal kedua adalah Tok Guru sendiri. Beliau juga khuatir siapakah yang boleh menggantikan kepimpinan Tok Guru setelah beliau tiada nanti.

Bagi saya sendiri sebagai siswa di IPT, saya sering mengikuti perkembangan semasa di Kelantan. Kelihatan pemimpin PAS sendiri masih tercari model yang sama dengan Tok Guru. Kata YB Fadzli, Tok Guru hanya memakai kasut yang murah dan begitu zuhud dengan kehidupannya. Benar, berapa ramai pemimpinkah yang mampu terus bersederhana dengan kehidupan setelah diberikan elaun yang hebat dan besar secara bulanan. Kalau dahulu bergerak dan berjuang menggunakan duit sendiri, kini setelah punya pemandu peribadi dan kereta rasmi Kerajaan, berapa ramaikah yang masih teguh dengan perjuangan Islam tanpa mengharapkan balasan dari orang ramai?

Tok Guru Nik Aziz, sosok pemimpin yang sukar dicari ganti. Saya sendiri mengagumi beliau. Sudah acap kali saya menghadiri ceramah beliau, kurang sekali saya merasa bosan dengan penyampaian beliau apatah lagi ia sarat dengan ilmu dan dalil ayat qur'an dan hadith dan menggentarkan jiwa orang beriman yang mendengarnya.

Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuatlah imanNya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.
(surah al-anfal ayat 2)

Apa lagi yang diharapkan selain daripada Islam kembali gemilang di bumi Allah ini? Biarlah siapa pun yang memerintah, asalkan dia orang Islam dan dia mampu membawa Islam ke puncak kegemilangan. Anda juga mestilah sama ideanya seperti saya. Kalau tidak, anda harus muhasabah diri...

Begitulah kerisauan saya, apakah dengan perginya Tok Guru di bumi ini, agama Islam tidak lagi dijulang? TIDAK. Islam bukan ditegakkan dengan adanyua manusia, malah Islam ini ditegakkan dan dijulang kerana ia satu-satu agama yang diterima Allah. Innaddina'indallahil Islam. Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.

Maka, perbincangan saya dengan YB Dr Fadzli ialah kebimbangan beberapa pihak jika tiada lagi Tok Guru, siapakah yang boleh diharapkan bagi menyambung kepimpinan beliau? Siapa? Adakah tokoh itu ialah anda sendiri?Bersiaplah.

Allah SWT menegaskan perkara ini menerusi ayat 72 surah al-Ahzab yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah(tugas atau urusan keagamaan) kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, akhirnya ia dipikul oleh (makhluk yang bernama) manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh.”

Pertelingakahan dalam PAS terutama ketika pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS yang dipanaskan media massa menunjukkan setidak-tidaknya ada berlaku pergeseran antara enjin-enjin dalam PAS. Inilah yang perlu difikir-fikirkan. Apakah tertegaknya Islam itu hanya dengan perebutan jawatan. Apakah jika tiada jawatan maka Islam tidak mampu ditegakkan? Berapa ramaikah kalau diteliti di Malaysia ini tokoh-tokoh pejuang Islam yang low profile. Yang tidakpun dikenali ramai, tetapi mereka ini sanggup ke sana dan ke mari memperjuangkan Islam lalu mati pun tidak meninggalkan tugu peringatan untuk diambil buat kajian sejarah Islam. Mereka mempertaruhkan duit, harta dan nyawa mereka sendiri tanpa punya bantuan per bulan. Lantas merekalah yang kita lihat lebih jelas membawa hala tuju Islam ini dengan lebih jelas dan hasil juga lebih bermutu.

Tok Guru, memang namamu ku kenal, juga orang disekilingmu, tapi Tok Guru, ku harapkan dikau tarbiyahlah pemimpin di bawahmu dengan berpaksikan kezuhudan sebagaimana dikau Tok Guru. Kuharapkan pemimpin ku lepas ketiadaan dikau, mampu membawa dan menjulang Islam kepuncaknya, hingga musuh-musuhmu takut dan gerun kepada Islam hinggalah pohon dan batu-batu menyeru, Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia!

“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon Ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi.” (HR. Muslim)

Tapi Tok Guru, dikau masih belum berganti, masih tiada ganti!

Posted by : newavicenna on Saturday, May 09, 2009 - 07:13 AM