Saturday, April 11, 2009

Selawat keatas Nabi saw.

قال البخاري عند تفسير هذه الاَية: حدثنا سعيد بن يحيى بن سعيد, أخبرنا أبي عن مسعر عن الحكم عن ابن أبي ليلى. عن كعب بن عجرة قال: قيل يارسول الله أما السلام عليك فقد عرفناه, فكيف الصلاة ؟ قال:
قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد.

al-Bukhari berkata di dalam tafsirnya kepada ayat ini:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah, dia berkata: Di katakan, wahai rasulullah SAW, adapun tentang memberi salam kepadamu, sesungguhnya kami telah mengetahuinya, bagaimana dengan berselawat? Berkata Rasulullah SAW: Katakanlah : Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

وقال الإمام أحمد: حدثنا محمد بن جعفر, حدثنا شعبة عن الحكم قال: سمعت ابن أبي ليلى قال: لقيني كعب بن عجرة فقال: ألا أهدي لك هدية ؟ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا: يا رسول الله قد علمنا أو عرفنا كيف السلام عليك, فكيف الصلاة ؟ فقال:
«قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وهذا الحديث قد أخرجه الجماعة في كتبهم من طرق متعددة عن الحكم وهو ابن عتيبة, زاد البخاري وعبد الله بن عيسى كلاهما عن عبد الرحمن بن أبي ليلى فذكره.

Imam Ahmad berkata: Ibn Abi Layla berkata: Ka’ab bin ‘Ujrah berjumpakau dan berkata: Tidak patutkah aku memberikan kamu hadiah? Telah keluar Rasulullah SAW kepada kami dan kami berkata: Wahai Rasulullah SAW kami telah tahu bagaimana untuk menyampaikan salam kepada kamu, bagaimana dengan selawat? Kata Rasulullah SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Hadith ini diwayatkan oleh Jamaah di dalam kitab mereka dengan sanad yang berbeza-beza.

وقال ابن أبي حاتم: حدثنا الحسن بن عرفه, حدثنا هشيم بن بشير عن يزيد بن أبي زياد, حدثنا عبد الرحمن بن أبي ليلى عن كعب بن عجرة قال: لما نزلت {إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليماً}, قال: قلنا يا رسول الله قد علمنا السلام عليك, فكيف الصلاة عليك, قال:
«قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم.إنك حميد مجيد, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيهم, إنك حميد مجيد» وكان عبد الرحمن بن أبي ليلى يقول وعلينا معهم. ورواه الترمذي بهذه الزيادة, ومعنى قولهم أما السلام عليك فقد عرفناه هو الذي في التشهد, الذي كان يعلمهم إياه كما كان يعلمهم السورة من القرآن, وفيه السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته.

Berkata Ibn Abi Hatim: Ka’ab bin ‘Ujrah berkata: Ketika turunnya ayat { Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah dan ucaplah salam ke atasnya}, kami berkata: Ya Rasulullah SAW sesungguhnya kami telah tahu memberi salam ke atas kamu, bagaimanakah pula berselawat kepada kamu. Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana telah engkau berikan rahmat ke atas Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung. Dan adalah Abdul Rahman bin Abi Laili berkata ‘dan ke atas kami bersama mereka’. at-Tirmizi meriaywatkan dengan tambahan ini. Maksud kata mereka ‘ kami telah mengetahui salam ke atas kamu’, ia adalah di dalam tasyahhud, yang Nabi SAW mengajar mereka sebagaimana mengajar mereka surah dari al-Quran, padanya ada ‘ Salam, rahmat Allah dan berkatnya ke atas kamu wahai nabi’.

(حديث آخر) قال البخاري: حدثنا عبد الله بن يوسف, حدثنا الليث عن ابن الهاد عن عبد الله بن خباب, عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قلنا يا رسول الله هذا السلام, فكيف نصلي عليك ؟ قال L
«قولوا اللهم صل على محمد عبدك ورسولك, كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم» قال أبو صالح عن الليث: على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم. حدثنا إبراهيم بن حمزة, حدثنا ابن أبي حازم والداوردي عن يزيد يعني ابن الهاد قال: كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وآل محمد كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم. وأخرجه النسائي وابن ماجه من حديث ابن الهاد به
.

Berkata al- Bukhari:
Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dia berkata: Kami berkata "Wahai rasulullah SAW, ini adalah salam kepadamu, maka bagaimanakah kamu berselawat kepadamu? Rasulullah SAW berkata: Katakanlah ‘ Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad hambaMu dan rasulMu, sebagaimana engkau memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau memberkati keluarga Ibrahim. Berkata Abu Soleh bahawa Laith berkata: ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Ibrahim bin Hamzah memberitahu bahawa Ibn Abi Hazm dan al-Dawardi menyatakan bahawa Yazid iaitu Ibn al-Had berkata: Sebagaimana Engkau memberi rahmat kepada Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. an-Nasai dan Ibn Majah juga meriwayatkannaya daripada hadith Ibnu al-Had.

)حديث آخر) قال الإمام أحمد: قرأت على عبد الرحمن مالك عن عبد الله بن أبي بكر عن أبيه عن عمرو بن سليم أنه قال: أخبرني أبو حميد الساعدي أنهم قالوا: يا رسول الله كيف نصلي عليك ؟ قال :
«قولوا اللهم صل على محمد وأزواجه وذريته, كما صليت على إبراهيم, وبارك على محمد وأزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد» وقد أخرجه بقية الجماعة سوى الترمذي من حديث مالك به.

Berkata Imam Ahmad: Dari Abu Humaid as-Sa’adi adalah mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Jawab baginda SAW: Katakanlah: Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad, isteri-isterinya, dan zuriatnya sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

)حديث آخر) قال مسلم: حدثنا يحيى بن يحيى التميمي قال: قرأت على مالك عن نعيم بن عبد الله المجمر أخبرني محمد بن عبد الله بن زيد الأنصاري قال: وعبد الله بن زيد هو الذي كان أري النداء بالصلاة, أخبره عن أبي مسعود الأنصاري قال: أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن في مجلس سعد بن عبادة, فقال له بشير بن سعد: أمرنا الله أن نصلي عليك يا رسول الله, فكيف نصلي عليك ؟ قال: فسكت رسول الله حتى تمنينا أنه لم يسأله, ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
«قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم, وبارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم في العالمين, إنك حميد مجيد, والسلام كما قد علمتم» وقد رواه أبو داود والترمذي والنسائي وابن جرير من حديث مالك به. وقال الترمذي: حسن صحيح.

Muslim berkata: Abu Mas’ud al-Ansori berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah SAW dan kami bersama Sa’ad bin ‘Ubadah. Bashir bin Sa’id berkata kepadanya: Allah SWT memerintahkan kami untuk berselawat ke atas kamu wahai rasulullah SAW, maka bagaimanakah kami berselawat kepada kamu? Rasulullah SAW mendiamkan diri hingga kami berharap dia tidak menyoalnya, kemudian baginda SAW berkata: Katakanlah Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati keluarga Ibrahim di alam ini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Dan salam adalah sebagaimana yang kamu tahu. Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai’ dan Ibn jarir meriwayatkannya dari hadith Malek. Berkata at-Tirmizi: Hasan Sahih.

Sila lihat tafsir Ibnu Kathir, tafsir bagi surah al-Maidah; 33:56. Lihat bagaimana para sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimanakah cara mereka untuk berselawat kepada baginda SAW. Jika bolehlah mereka-reka selawat sebagaimana yang di dakwa dilakukan oleh para sahabat, maka buat apalah mereka bertanya bagaimana mahu berselawat kepada Rasulullah SAW.

Selawat-selawat yang diriwayatkan secara sahih daripada sahabat ra menunjukkan bahawa selawat itulah yang di ajar oleh baginda saw. Sebagaimana selawat Ibn Mas’ud yang masyhur di dalam solat di mana selepas kewafatan baginda saw maka, mereka tidak lagi membaca ‘as-salamu’alaika’ akan tetapi mereka para sahabat ra membaca ‘as-salamu’alan nabi’. Selawat ini bukanlah rekaan mereka sebaliknya adalah tawqif kepada baginda saw kerana seperti tersebut di atas merekalah yang meminta Rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka selawat.
Mereka iaitu para sahabat ra tidak pula tersebut di dalam riwayat-riwayat tersebut bahawa mereka mereka-reka atau mencipta-cipta selawat yang baru. Yang disebut mereka membaca, mereka mengajar tetapi tidak disebut mereka mencipta atau mereka-reka selawat.

Maka untuk apalah kita meninggalkan selawat-selawat yang sahih di amalkan oleh para sahabat ra dan mengambil pula selawat-selawat yang tidak ada asalnya. Kembalilah kepada sunnah.

Tuesday, March 31, 2009

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.

Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.

Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin Untuk mindasuper.com

Sunday, March 22, 2009

Siapa Yang Menipu Siapa?

1. Riba ditukar kepada “interest”, faedah, bunga….

2. Zina ditukar kepada persetubuhan haram, sumbang mahram

3. Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat diganti dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid

4. Sistem Khilafah ditukar kepada sistem demokrasi

5. Demokrasi dikatakan syura

6. Jihad yang makna syar’inya perang diubah kepada jihad ekonomi, jihad melawan kemiskinan,…

7. Islam ditambah menjadi Islam Hadhari

8. Judi halal bila ada lesen dari pemerintah dan judi haram bila tidak ada lesen

9. Arak halal bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

10. Banyak yang Halal dikatakan Haram dan yang Haram dikatakan Halal

11. Rasuah diganti dengan istilah politik wang


Macam-macam lagi istilah yang muncul dan dicipta untuk mengelirukan dan memperbodohkan umat Islam sehingga akhirnya umat Islam merasa tidak berdosa untuk melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Inilah kejayaan musuh-musuh Islam untuk terus menipu dan mengelirukan umat Islam. Kepada golongan yang sering merubah, menggantikan, menukar dan juga yang cuba menipu Islam dan umat Islam kami ingatkan anda dengan firman Allah SWT:

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [TMQ al-Baqarah(2): 8-9]

Artikel ini dipetik daripada mykhilafah.com . Sekadar buat renungan bersama...