Oleh : Muhd Al-Aarifin Ismail
Pesanan Tok Guru kepada kami antara lainnya...- Umur yang diberikan, kemana dihabiskan,
- Harta yang diamanahkan, kemana dibelanjakan,
- Jasad yang kurniakan, apa yang usahakan,
- Tenaga yang dibekalkan, apa yang dilakukan.
"Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan didunia itu)"
at-Takaathur : 8
Selasa, 21 October 2008 Wad Eksekutif (2 TD)
Hospital Universiti Sains
p/s : Al sayang sangat kat Tok Guru...Selasa / 21 Okt 2008 / 11.40 malam / R308, Nurani Putera
"Nik Aziz Berehat di HUSM", itulah tajuk berita dalam Utusan Online yang aku baca pada hari Selasa yang lepas yang membuatkan hatiku terdetik untuk pergi melawat Tok Guru. Walaupun Tok Guru dah masuk hari Sabtu lagi, tapi seperti biasa, biasanya Tok Guru tak hebah-hebahkan kepada umum, sehinggalah dia betul-betul bersedia untuk menerima lawatan daripada orang luar.
Jam pada dekstopku menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. Terusku bagitahu rakan-rakan chat melalui YM,
"sesiapa yang nak ikut Al pergi melawat Tok Guru, Jom kita g pukul 2.30 nanti"
Mesej yang ringkas, namun mendapat respon daripada ramai sahabat.
"Ya, masih sempat untuk aku jumpa dan bertanyakan SU Politik Tok Guru kalau-kalau aku boleh melawat Tok Guru di wad pukul 2.30 petang nanti". Hatiku berbicara dengan penuh harapan.
Lantas aku memakai white coat yang tersangkut dalam almariku. Aku terus menuju kesana dengan keadaan tergesa-gesa.
"Tok Guru masih kat dalam ke?" aku bertanya kepada seorang stafnurse yang berada diluar Wad Eksekutif.
"Ya, nak jumpa dia ke?" Dia bertanya dengan muka yang ceria
"Erm..ya" Jawabku.
"Adik masuk la, tekan loceng tu, nanti orang kat dalam buka pintu tu ataupun masuk ikut pintu tepi
"oh, ye ke?..Terima kasih kak" aku terus meminta diri dan menuju ke pintu tepi wad tersebut memandangkan aku segan nak tekan loceng pintu depan.
Jam menunjukkan pukul 1.05 tengah hari. Daripada luar bilik, aku dapat lihat tok guru kat dalam biliknya (bilik 3), bersama-sama dengan pembantunya melalui tingkap. Mereka sedang solat. Yang pastinya solat sunat, sebab pergerakan solat pembantu Tok Guru tak ikut pergerakan Tok Guru ketika solat.
Terus ku menuju ke pantri wad untuk mencari sumber air, untuk aku mengambil wuduk. Selesai aku wuduk, aku ditegur beberapa orang staffnurse. Sambil mereka senyum tanda mereka pelik dengan gelagatku mereka menyapa,
"adik ambil wuduk kat mana?, kenapa tak ambil wuduk kt surau depan tu?"
Jawabku "Saya ambil wuduk kat pantri, tak tahu pulak ada surau kat depan tu""Kak, dekat mana ada sejadah?...saya nak solat dengan Tok Guru"
"Adik ambil kat dalam surau depan tu" Jawab mereka dengan penuh mesra.
Terus ku bergegas mengambil sejadah dan menuju ke bilik Tok Guru. Dalam perjananan kesana, aku terserempak dengan Anuar Bakri (setiausaha Politik Tok Guru). Dengan perlahan-lahan, pintu bilik dibuka, aku tak nak kalau-kalau konsentrasi Tok Guru yang sedang solat itu terganggu. Setelah selesai solat sunat, pembantu Tok Guru bangun untuk menghamparkan sejadah untuk aku & Anuar Bakri.
Setelah iqamah, Tok Guru mengimami Solat Zohor berkenaan. Indahnya saat-saat itu tidak dapatku gambarkan. Ya benar, aku akui sebagai seorang rakyat Kelantan, aku dah biasa solat dibelakang Tok Guru, tapi hari tu sangat berbeza. Sangat berbeza, tapi aku tak tahu macam aman nak gambarkan perbezaannya.
Beberapa ketika setelah selesai solat, kami diberitahu yang wakil-wakil rakyat pembangkang (UMNO) nak melawat Tok Guru. Tak lama selepas itu, mereka yang diiringi oleh beberapa orang kenamaan universiti termasuk Dr Zaidun (pengarah hospital) serta wakil-wakil media sampai & terus masuk ke bilik tok Guru.
"Awak incharge Tok Guru ke?" Tanya Dr Zaidun kepadaku.
"Bukan, saya datang melawat je" Aku terus menjawab
Beberapa minit selepas itu, aku dipanggil oleh salah seorang stafnurse wad 2TD untuk keluar daripada wad. "Adik keluar laa dulu ye, akak takut jadi apa-apa je. Tadi Dr Zaidun dah pelik kenapa adik ada kat dalam"
Memahami mesej stafnurse tu, aku terus mengangguk tanda setuju dengannya.
Peninggalanku hanya untuk seketika sahaja, pukul 2.15 aku kembali semula kebilik Tok Guru. Waktu tu ada beberapa orang sedang melawat Tok termasuk ahli keluarganya sendiri. Aku terus menuju kearah mereka, lalu bersalam-salaman dengan semua yang ada. Mereka melayan mesra diriku seolah-olah aku doktor yang merawat tok guru. Walaupun mereka menyedari yang aku hanyalah seorang siswa kerana waktu itu aku memakai kot putih dengan tag nama yang tertera no 5 (tahun 5)
Setelah lama masa berlalu, mereka semua meminta izin untuk mengundur diri. Mungkin mereka punya urusan lain yang perlu diselesaikan.
Bila mereka semua keluar dari bilik Tok Guru, tinggallah kami bertiga (Tok Guru, setiausaha sulitnya dan diriku).
"Aku mesti ambil peluang ni..." Hatiku berbicara.
Ya, mungkin inilah satu-satunya kesempatan yang ada untuk berbicara dengan Tok Guru. Namun
"Nak pergi fisio ke?", Tanya Tok Guru.
"Ya" Jawab atendan berkenaan
Aku melihat jam pada handphoneku, jam menunjukkan pukul 2.40.
"Kelas start pukul 3.30, insyaAllah masih sempat" Sekali lagi hatiku berbicara.
"Boleh ke kalau saya nak ikut?"
Aku meminta izin untuk ikut serta ke tempat fisio. Katanya
"Takde masalah".
Mungkin itu kata-kata yang membuatkan hatiku kembali gembira.
Lantas, aku
Kagum dengan tok guru
Tiada bodyguard, tiada polis yang mengawal, itulah Tok Guru. Aku tahu, mungkin ada yang melahirkan rasa pelik apabilaku ceritakan yang Menteri Besar kami apabila nak kemana-mana tak perlukan pengawal keselamatan peribadi, yang aku tahu, itulah Nik Aziz, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Semua rakyat kagum kepadanya tak kira kawan mahupun lawan. Bagi Tok Guru, cukuplah Allah sebagai pelindung.
Kami berempat -melainkan Tok Guru- berjalan melalui kaki
Setelah kami berada ditingkat bawah, menuju ke bilik fisio, aku terserempak dengan dua orang siswi rakan sekelasku. Mungkin diaorang dalam perjanan ke kelas.
"Kelas pukul 3.30 ptg
"Ya...3.30" jawab mereka kehairanan.
Setelah pintu bilik fisio dibuka, kami lihat didalamnya ramai sangat pesakit yang sedang menunggu untuk rawatan. Kami terus menuju ke bilik sebelah kiri pintu berkenaan menuju ke bilik fisio. Disana en. Syaiful dengan mesra membawa Tok Guru ke salah satu katil didalamnya untuk dimulakan rawatan.
"Boleh saya masuk sekali?" Aku meminta izin daripada en. Syaiful.
"Ok..." jawabnya.
Setelah Tok Guru berbaring diatas katil, aku membantu en. Syaiful menutup tirai untuk menjaga privasi Tok Guru. Di dalamnya hanya tinggal kami bertiga, aku, Tok Guru & en. Syaiful. Su sulit Tok Guru & atendan tunggu di luar.
Gel disapu di bahagian belakang lutut kiri Tok Guru sebelum rawatan ultrasound dimulakan. Masa di set
"Apa sebenarnya masalah Tok Guru ni abg Syaiful"?
Sambil menggerakkan-gerakkan alat ultrasound dibelakang lutut (popliteal area) Tok Guru,en. Syaiful menjawab,
"Tok Guru ada sebaceous cyst" jawabnya ringkas.
"Semalam besar & agak keras, tapi hari ni dah kecil & lembut sikit, ada improvement" sambungnya lagi.
Selesai membuat rawatan ultrasound, en. syaiful teruskan dengan eksesais sendi lutut sambil berbaring dengan di letakkan pemberat dihujung kedua-dua belah kaki. Berat jugak pemberat tu. Kalau aku buat eksesais nipun rasanya boleh letargik jugak ni. Walaubagaimanapun tok guru masih mampu melakukannya hampir 60 kali. Kuat lagi Tok Guru nampaknya.
Setelah selesai dilakukan eksesais lutut secara berbaring, en. Syaiful meminta Tok Guru lakukan sambil duduk pula. Ketika nak bangun daripada berbaring, Tok Guru mengadu pening kepala. Pada pandanganku, mungkin ia disebabkan Tok Guru bangun dengan cepat daripada keadaan berbaring ke keadaan duduk menyebabkan darah mengalir ke otak berkurangan. Itu sebabnya Tok Guru rasa pening-pening. Rasanya kejap lagi insyaAllah hilang rasa pening kepala Tok Guru tu.
En. Syaiful mengajar teknik bagaimana nak meningkatkan kadar pengaliran darah ke otak.
"Tok Guru buat macam ni" Katanya sambil caranya kepada Tok Guru. Kepada digerakkan ke belakang. Mungkin sukar untuk ku jelaskan bagaimana. Setelah rasa pening hilang, tok guru memulakan eksesais lutut sambil duduk.
Beberapa minit berlalu, tiba-tiba Tok Guru bersuara,
"
"Ya, memang bising diluar
En. Syaiful terus keluar untuk melihatnya & masuk kembali setelah beberapa ketika berlalu. Keadaan yang agak bising itu berubah menjadi tenang.
"Mungkin tadi diaorang tak tahu yang tok guru ada kat dalam ni agaknya" Bisikku lagi didalam hati.
Setelah rawatan dibilik fisioterapi selesai, kami bergerak kembali ke wad eksekutif. Jam pada hand phone ku menunjukkan pukul 3.50 petang. lagi 15 mint kelas nak mula. "insyaAllah sempat lagi" aku tenangkan hatiku yang gelisah takut kalau-kalau tak sempat.
Sampai di wad berkenaan, Tok Guru disambut oleh beberapa orang tetamu yang sedang menunggu setia. Antaranya adalah seorang pensyarahku yang namanya terpaksa ku rahsiakan. Lebih kurang 10 minit kemudian, aku meminta diri daripada Tok Guru.
"Tok guru, ana mintak diri dulu, ada kelas"
Sambil tersenyum tok guru menjawab
"Ya..ya..terima kasih banyak"
esok insyaAllah kalau sempat ana datang lagi" jawabku dengan hati yang penuh kegembiraan.
Bersambung...
2 comments:
dimanakan kucari ganti serupa denganmu bak kate p ramlie....
ABU
Ciao!!!
Il commento che tu mi hai portato mi ha fatto un pò .....sorridere.
sai perchè?....
Hai scritto buon Natale.Da noi il Natale si festeggia il 25 dicembre , ora siamo a febbraio ...
Siccome non conosco le tue usanze mi viene da pensare che da te non si festeggia questa ricorrenza?
comunque mi ha fatto piacere il fatto di averti conosciuto,solo che nel tuo post non ho trovato il traduttore della lingua Italiana
e non ho avuto il piacere di leggere i tuoi scritti..
Spero di trovarlo la prossima volta che verrò a trovarto.
TI SALUTO CORDIAMENTE...LINA
Post a Comment